Saturday, 28 December 2019

Apakah Ujian KMO dan Bartlett Test ? What is KOM and Barttlett Test ?

KMO Barteletts Test

Ujian Kaiser-Meyer-Olkin adalah untuk menguji kecukupan persampelan yang menunjukkan hubungan antara varians didalam pembolehubah - pemboleh ubah yang mungkin melalu faktor - faktor tidak nyata.  Nilai yang menghampiri 1.0 selalunya menunjukkan bahawa abalisis faktor boleh digunakan untuk data yang anda gunakan. Sekiranya nilai KMO adalah kurang dari 0.5 ini bermaksud analisis faktor tidak sangat membantu dalam kajian anda

Bartlett's Test 

Bartlett's test adalah ujuan hiptesis yang menguji korelasi matriks sama ada data anda mempunyai korelasi secara matrkis pada identitinya, yang boleh menunjukan pembolehubah yang diuji adalah tidak berhubungan dan selanjutnya tidak sesuai bagi tujuan penilaian struktur dimensi.  Nilai p yang rendah iaitu kurang 0.05 menujukan analisis faktor boleh dijalankan dalam kajian anda. 


Statistik merupakan salah satu bidang matematik terpenting dalam merancang dan menyusun kehidupan manusia. Tanpa menafikan kepentingan ajaran agama itu turut penting dan amat perlu dilaksanakan dalam kehidupan kita.

Nah! di sini saya bawakan panduan statistik  untuk panduan anda dalam menjalankan kajian sama ada diperingkat Ijazah, master atau Doktor falsafah atau apa jua puan penglibatan anda. Ini permulaan posting saya harap ada yang sudi membaca dan berkongsi sila tingalkan pesanan anda dan boleh juga menghubungi saya melalui komen di bawah.